AS BEAUTY - Halal certified by JAKIM & approved by Ministry of Health

AS BEAUTY - Halal certified by JAKIM & approved by Ministry of Health

Thursday 19 July 2012

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN


Ramadhan kembali lagi...

Alhamdulillah, syukur ke hadhrat Ilahi kerana saya dan kalian yang sedang menatap lembaran di blog saya ini masih sama-sama dipanjangkan usia dan diberi kesempatan olehNya untuk mengecap nikmat Ramadhan buat ke sekian kalinya.

Seruan kepada diri sendiri dan juga semua rakan taulan saya, jauh mahupun dekat, yang mengenali saya di dunia nyata mahupun hanya di dunia maya..sama-samalah kita mempertingkat amalan di bulan Ramadhan ini dan semoga Ramadhan kali ini menjadi titik permulaan untuk kita menjadi ummah yang lebih baik untuk hari-hari yang mendatang.

Ramadhan adalah bulan penyucian...bukan sahaja penyucian usus kita dari segala toksin yang setahun tersimpan (selepas penyucian terakhir pada bulan Ramadhan tahun lalu), tetapi juga penyucian hati dan minda kita dari segala sifat mazmumah dan pemikiran yang negatif.

Sempena 1 Ramadhan yang akan jatuh pada 21 Julai 2012, saya menyusun sepuluh jari, memohon kemaafan daripada semua yang mengenali saya...maafkan atas segala salah silap yang sengaja atau tanpa sedar yang saya lakukan.

Kepada pengguna AS BEAUTY terutama rakan-rakan niaga saya dan pelanggan saya...jutaan terima kasih atas sokongan kalian selama ini. Teruskan bersama-sama AS BEAUTY, produk muslim yang HALALAN TOYYIBAN dan selamat digunakan.

Semoga kita semua semakin berseri-seri di pagi Aidilfitri nanti bersama AS BEAUTY... :)

SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA!!!