AS BEAUTY - Halal certified by JAKIM & approved by Ministry of Health

AS BEAUTY - Halal certified by JAKIM & approved by Ministry of Health

Monday, 25 June 2012

3 JENIS MAKANAN PUNCA JERAWAT DI WAJAH

Rasanya memang ramai yang tak suka dengan masalah kulit yang satu ni, tak lain tak bukan iaitu masalah jerawat terutama buat kaum wanita, 

sehinggakan ada yang sanggup taknak keluar rumah sebab malu wajah banyak berjerawat. 

Sebenarnya banyak sebab yang menyebabkan wajah berjerawat ni seperti faktor kebersihanstress dan hormonfaktor persekitaran,cuaca dan sebagainya. 

Selain itu, makanan yang tidak sihat juga pembawa masalah jerawat.




Makanan yang digoreng

Jenis minyak yang kamu makan setiap hari mampu memberi impak yang sangat besar pada kesihatan kulit. 
Sekiranya kamu mengambil lemak minyak yang tidak sihat, tubuh akan dipaksa untuk menggunakannya bagi membentuk sel kulit baru. 
Sel-sel kulit tidak akan berfungsi dengan baik. Akhirnya, jerawatdan penyakit kulit yang lain akan wujud. 


Jenis makanan gorengan yang sering menyebabkan jerawat ialah:

1. Kentang goreng
2. Donat
3. Ayam goreng


Makanan tinggi gula

Tahukah kamu gula ialah racun bagi tubuh dan secara tidak langsung ia boleh menyebabkan jerawat
Gula akan menekan sistem kekebalan tubuh dan memberi kesan pada penurunan pertahanan tubuh terhadap jangkitan bakteria yang merupakan salah satu penyebab jerawat
Gula juga boleh mengganggu penyerapan kalsium dan magnesium yang menjadi mineral penting untuk kulit optimum. 

Makanan tinggi gula yang menjadi penyebab jerawat adalah:

1. Ais krim
2. Coklat
3. Biskut
4. Bijirin




Makanan tinggi karbohidrat

Karbohidrat yang paling penting ialah glukosa, gula sederhana (monosakarida) yang dimetabolisme oleh hamper kesemua organisma. 
Semua karbohidrat akhirnya diubah menjadi glukosa, yang kemudian diubah menjadi glikogen untuk penyimpanan dalam tubuh. 
Perlu diketahui ialah tubuh manusia memerlukan hanya sejumlah tertentu glukosa agar berfungsi dengan baik. 
Sekiranya kamu makan karbohidrat lebih daripada yang apa diperlukan oleh tubuh, maka masalah kesihatan seperti diabetes dan jerawat boleh berlaku. 

Berikut ialah makanan tinggi karbohidrat yang boleh membawa jerawat seandainya dimakan secara berlebihan, antaranya:

1. Beras putih
2. Pasta
3. Roti putih



Haa, ini adalah serba sedikit makanan-makanan yang menyebabkan wajah cepat berjerawat, jadi sebelum jerawat singgah di muka lebih baik berwaspada sebelum terlambat..Tapi, kalau wajah anda dah disinggahi jerawat sebelum anda singgah ke BLOG ini...jangan risau, kerana anda telah singgah ke blog yang tepat. Cubalah AS BEAUTY, set 3 dalam 1 untuk merawat masalah jerawat yang telah mencacatkan penampilan anda....ISTIQAMAH dan SABAR...pasti kulit wajah yang berseri-seri menjadi kenyataan!

Monday, 11 June 2012

Tuesday, 5 June 2012

Masalah Jeragat, Punca dan Rawatannya


Jeragat ialah tompok-tompok hitam yang disebabkan melanin yang terkumpul dan menjadi warna coklat muda atau coklat tua. Kadang kala ia hitam yang terkumpul di muka biasanya berkelompok, baik di pipi mahupun di dahi atau dagu. Jeragat boleh dipudarkan atau dikurangkan, tetapi tidak boleh dipulihkan sama sekali.



Jeragat boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu seborrhoeic keratoses, melasme dan skin tag. Seborrhoeic keratoses ialah timbul seperti biji hitam atau tahi lalat hidup pada kulit. Melasme pula tompok hitam atau kelabu leper di bawah lapisan kulit. Skin Tag  ialah daging lebih berwarna coklat atau kelabu yang kebiasaannya ada pada ketiak dan teher. Jeragat tidak berbahaya namun menyebabkan kulit muka individu kusam dan kotor. Mungkin anda tidak ada jeragat, tetapi mencegah lebih baik sebelum ditimpa masalah ini.
Penyebabnya:
1. Ia disebabkan oleh pancaran UV matahari yang menjadikan kelebihan pigmen.
2. Hormon yang tidak seimbang disebabkan mengandung atau menopaus.
3. Gelisah dan tidak cukup tidur.
4. Menggunakan makeup yang tidak berkualiti dan bermutu rendah.
5. Disebabkan oleh masalah pada limpa.
Rawatan Tradisional
Petua 1 : Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama 5 minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih.
Petua 2: Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka anda  sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.
Petua 3: Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.
Petua 4: Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 20 – 30 minit. Kemudian, lembabkan muka anda, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.
Petua 5: Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda akan hilang dan kulit muka menjadi halus dan gebu.

Rawatan Moden
a. Lindungi kulit anda daripada matahari dengan menggunakan “skin care” dan barangan makeup yang mengandungi “sunscreen” iaitu bahan pelindung matahari. Tidur dengan cukup dan jauhi daripada kegelisahan.
b. Pastikan barangan makeup yang anda pakai bermutu tinggi. Urutan pada muka anda boleh merangsang peredaran darah dan mempercepatkan pemulihan.
c. Gunakanlah produk AS BEAUTY 3 DALAM 1 yang membantu mengurakan jeragat dengan selamat dan berkesan. Ianya HALAL dan lulus KKM serta harganya berpatutan.


Friday, 18 May 2012

Kedudukan Jerawat & Faktor Penyebabnya

Berikut adalah faktor-faktor yg menyebabkan jerawat keluar.Anda boleh mengatasinya sekiranya anda tahu punca jerawat-jerawat anda.


1.Perubahan hormon
Apabila berlaku perubahan hormon seperti zaman baligh remaja, mengandung, datang haid ataupun menopause bagi wanita, jerawat akan timbul disebabkan hormone dalam badan,iaitu hormone androgen (testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita.Kebiasaannya seawal seminggu sebelum kedatangan period sehingga seminggu setelah habis period,jerawat akan mudah naik pada bila-bila masa. Ketidakstabilan hormone ini kadang-kala terkawal dan sekiranya tidak terkawal, masalah ini akan berlanjutan.Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an - 40 'an.Selain drpd itu,penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 juga menyebabkan perubahan hormon berlaku.


2.Tekanan (Stress)
Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.Tekanan ada dua, sama ada emosi atau fizikal.


Tekanan fizikal:
1.Exercise atau bersukan tanpa rehat yang cukup
2.Tidur yang tidak mencukupi/tidur lewat/tidur tidak teratur
3. Jadual seharian yang sangat ketat
4. Merokok, pengambilan dadah


Tekanan emosi
1.Bimbang atau kerisauan yang berlebihan
2.Buli
3.Masalah hubungan rumah tangga atau kekasih
4.Kerja /study yang banyak


3.Pemakanan
Pemakanan yg tidak seimbang seperti kacang,makanan berperisa,seafood (udang,ketam,sotong,kerang),budu,
belacan,makanan berminyak/bergoreng,
telur,daging,ayam goreng,makanan berlemak spt santan,produk tenusu spt susu lembu,coklat.


4.Toksin
Jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badannya.Jika sistem semula jadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain


5.Faktor Genetik
Ada keturunan di mana kulit mukanya tidak bermasalah seperti golongan arab yang rata-rata bermuka putih licin, dan tidak berminyak manakala jerawat menghantui hidup golongan asia. Atas sebab itu ubat antijerawat sangat laku dijual di Asia dan tidak mendapat sambutan oleh masyarakat Arab.


6.Allergic atau alahan
Alergic atau alahan apabila menggunakan kosmetik,foundation,cream muka baru atau pencuci muka baru yg ada bahan-bahan chemical tertentu yg tidak sesuai dgn kulit..Cara pembersihan make up yang tidak betul juga menyebabkan liang roma tersumbat.Pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak juga memberi masalah jerawat di kulit.


7. Perubahan biologi badan
Ada segolongan individu kandungan minyak (sebum) di kulit berubah komposisi. Ada pulak golongan yang menghadapi perubahan pada sel kulit muka seperti hyperproliferation of KC (tak dapat ditafsirkan bagi golongan bukan dalam bidang perubatan)


8.Persekitaran & Pencemaran
Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar,kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut.Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflamasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.


9.Jangkitan pada kulit & Resdung
Kuman (bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit anda dan menyebabkan jerawat. Atas sebab itu jerawat dinasihatkan tidak dipicit kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih luas.


10.Faktor Cuaca
Perubahan cuaca serta cuaca panas juga adalah faktor jerawat keluar.


KEDUDUKAN JERAWAT
Sekiranya jerawat berulangkali naik di tempat atau area yg sama,ini menggambarkan area dalaman kita yg tertentu mempunyai masalah,tetapi sekiranya setiap kali ia tumbuh di tempat yg berlainan,itu adalah normal.Tidak semestinya jika kita mempunyai masalah dalaman,jerawat wajib tumbuh di kawasan muka yg tertentu.Ada juga diantara kita ada masalah dalaman tp kulit muka tiada masalah tp lebih baik jika kita tahu apa yg ada d luaran skrg dtgnya dr dalaman supaya kita dpt mengambil berat masalah dalaman tersebut.


DAHI
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran
Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak


HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi


DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.


PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.


PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal


PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.


Sekiranya anda tahu punca jerawat anda, ubatilah punca tersebut supaya jerawat tidak berulang lagi.Hanya faktor perubahan hormon seperti haid sahaja anda tidak dapat elakkan dari jerawat keluar tetapi cepat-cepatlah sapukan Krim Malam As Beauty lebih tebal pada jerawat tersebut sebelum anda tidur setiap malam supaya jerawat tersebut supaya lebih cepat kecut dan membantu menghilangkan parut.

Sunday, 15 April 2012

Produk Rawatan Wajah 3 Dalam 1 As Beauty


As Beauty adalah produk keluaran ZMN MAKAHA ENTERPRISE (001782661-W). As Beauty membawa maksud A SIMPLE BEAUTY, yang menunjukkan bahawa produk ini sangat ringkas dan mudah digunakan tetapi memberi kesan yang menakjubkan dalam merawat kulit wajah agar sihat, cantik dan berseri.


Produk As Beauty telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
Krim Siang : NOT101103272K
Krim Malam : NOT101103172K
Sabun Pencuci Muka : NOT101102420K



Ia juga BEBAS HIDROKUINON dan telah diberikan taraf HALAL oleh JAKIM.

SUMBER: Laman Web Rasmi JAKIM

FAQs Tentang Produk As Beauty