AS BEAUTY - Halal certified by JAKIM & approved by Ministry of Health

AS BEAUTY - Halal certified by JAKIM & approved by Ministry of Health

Wednesday 21 November 2012

MYRACLES BEAUTY COLLAGEN

Salam kasih buat semua....

saya kembali dengan entri terbaru...dan hari ni saya nak kongsikan dengan anda semua, satu produk terbaru di pasaran yang sangat berkesan dan sesuai untuk yang inginkan rawatan dan penjagaan wajah yang ringkas. 

Produk ini dinamakan MYRACLES BEAUTY yang terdiri daripada semburan kolagen dan sabun pembersih berkolagen. Cara penggunaannya sangat mudah, hanya dua langkah iaitu membersihkan muka dengan sabun pembersih dan kemudiannya semburkan sahaja semburan kolagen ke muka sebelum ditepuk-tepuk perlahan untuk mempercepat proses penyerapannya ke dalam kulit. 

Yang menariknya, MYRACLES BEAUTY ini juga sesuai utk merawat ekzema dan masalah-samalah kulit yang lain selain daripada fungsi utamanya:

  • menganjalkan kulit
  • menghilangkan eye-bag
  • menghilangkan lingkaran gelap bawah mata
  • menghaluskan kulit
  • mencerahkan dan menjadikan kulit kusam lebih berseri-seri.
Jika inginkan maklumat lanjut tentang MYRACLES BEAUTY ini, anda boleh layari BLOG MYRACLES BEAUTY ini (klik sahaja pautan ini). Pelbagai info dan testimoni terdapat di sana. 

Jika ada akaun Facebook, boleh LIKE page The Miracle Myracles Beauty dan bertanyakan pelbagai soalan di sana.

Okey, harganya? RM170 (Sem. Malaysia) / RM185 (Sabah / Sarawak) per set. Dan sekarang ini ada promosi hadiah percuma bagi setiap pembelian. Menarik kan?

Jom kita layan dulu testimoni-testimoni yang ada....































Tuesday 13 November 2012

FELINNA INCHLOSS - BERSIHKAN USUS (KOLON)



Kadang2 mslh jerawat ni berpunca dari sistem pembuangan yg kurang lawas. Kita makan setiap hari, sepatutnya setiap hari juga kita membuang. cuba perhatikan najis baby, warnanya camana...dan bandingkan pula dgn najis kita....knp ada perbezaan? 

Sebabnya, masa baby...kita ni hanya minum susu sahaja...usus kita pun masih belum tersumbat dgn apa2 makanan yg tidak dapat dihadam. semakin meningkat usia, semakin bermacam2 makanan yg kita telan....tp ke tandas nya hanya sekali sehari....itupun dah cukup bagus...ada yg 3 hari sekali baru "dating" dgn tandas....bahaya tu!

Andaikan shj usus kita ni spt saluran paip sinki kat rumah. Hari2 bermacam2 sisa makanan melaluinya....cuba kita bukak saluran paip sinki kat rumah....cuba tengok WARNA dan BAU nya.....mak aihhhhh...silap haribulan ada ulat kecik2 lagi dlm tu....eeiiii...



Camtu lah jugak usus kita ni. Apabila keadaan dlm usus penuh dgn sisa makanan yg umpama plak tu, secara langsungnya darah kita akan ada toksin balik....kalau kita jenis yg byk bersenam dan bersukan, toksin tu akan disingkirkan melalui peluh. tapi kalau kita ni hanya tahu sukan renang kuak lentang depan TV tiap2 hari....maka terkumpul lah toksin tu dalam badan kita....dan jerawat-jerawat pun mulalah naik kat muka dan badan....

So, kalau rasa taknak tengok jerawat berkampung di muka dan badan kita....carilah solution untuk melawaskan sistem pembuangan kita. Saya suggest, guna FELINNA BEAUTY INCH LOSS LOTION...saya dah cuba, it really works! Walaupun baru sekali sapu, memang akan lawas dan yang bagusnya, produk buangan itu turut sama membawa keluar minyak dan lemak....BONUSNYA, PERUT JADI KEMPIS sikit...hehehehe, memang SYOK!

CUBALAH FELINNA INCHLOSS LOTION:

1) lawaskan sistem pembuangan
2) kurangkan toksin dalam badan
3) masalah kulit (jerawat di muka dan badan) akan berkurangan dan hilang terus
4) perut semakin kempis
5) kulit cantik, badan kurus....wahhh...MENAWAN! :D




RM75 termasuk pos laju (SM) atau RM80 termasuk pos laju (S/S). Kandungan : 180 ml. 

Inbox / sms 016-253 9422 yer... :). FREE sabun susu beras dgn setiap pembelian :)

Sunday 7 October 2012

Perkongsian Testimoni Lagi...

Salam buat semua pengunjung...

Kesibukan tugas harian membuatkan blog ini agak bersawang...hehehehe. Ada banyak perkara yang ingin saya kongsikan bersama anda sebenarnya tetapi keterbatasan waktu menyebabkan saya menangguhkan perkongsian tersebut hari demi hari. InsyaAllah, satu hari nanti, saya kongsikan juga perkara-perkara menarik tersebut di ruangan ini...

Hari ini, saya hanya ingin kongsikan testimoni-testimoni baru daripada rakan-rakan pengguna AS BEAUTY...

Biarlah testimoni mereka yang memperkatakan kemujaraban produk keluaran bumiputera ini.... ;-)


  









Bagi yang ingin mencuba AS BEAUTY 3 IN 1 ini, anda boleh dapatkan set percubaan pada harga RM50.00 (tak termasuk kos penghantaran) ataupun set besar pada harga RM120.00. Secara peribadi saya mengesyorkan anda mendapatkan set besar terus kerana ia memberi lebih penjimatan dari segi harga dan tempoh masa penggunaan. Walau bagaimanapun, terpulanglah kepada bajet anda masing-masing... :-)

Bagi yang ingin menambah pendapatan sampingan, boleh menyertai saya sebagai dealer ataupun dropshipper. Hubungi saya, 016-253 9422 ( Puan Iza / Puan Insyi ) untuk maklumat lanjut yer.. :-)

Sunday 5 August 2012

BAGAIMANA MENGENALI KRIM MENGANDUNGI MERKURI?


Berikut saya kongsikan beberapa cara untuk mengenali krim rawatan wajah yang mengandungi merkuri secara ringkas dan mudah yang diperolehi daripada beberapa sumber hasil carian Mr. Google. Untuk hasil yang lebih tepat, pemeriksaan di makmal adalah kaedah terbaik.
  • secara umumnya, krim pemutih wajah yang ada kandungan merkuri berbau agak keras. Kadangkala ada pengeluar yang menggunakan haruman yang agak kuat bagi menutupi bau logam merkuri tersebut. Jadi, jika krim yang anda gunakan berbau logam atau berbau terlalu wangi, ia boleh dimasukkan juga dalam senarai "yang disyaki"... :-)
  • Krim yang mengandungi merkuri agak berkilau warnanya. Jika kita buka penutup krim berkenaan, bahagian bawah penutupnya agak berkilauan / hologram. Cuba oleskan di hadapan cermin dan perhatikan pada wajah anda, ada atau tidak kesan kilauan (ala-ala merelip gitu.. :-) ). Krim yang bagus sepatutnya berwarna putih dan tidak berkilau.
  • Dapat memutihkan kulit wajah dalam masa yang sangat singkat. Semakin tinggi kandungan merkuri, semakin singkat ia memberi kesan pemutihan (bukan pencerahan). Kulit pengguna akan jadi putih pucat seperti mayat dan bukannya cerah semulajadi dan berseri-seri.
  • Pada peringkat awal penggunaan, kulit akan mengalami iritasi dan sangat sensitif kepada cahaya matahari hinggakan apabila anda berada di bawah panas terik mentari, kulit akan terasa pedih dan kemudiannya merah seperti udang dibakar...
  • TIDAK TIMBUL JERAWAT SAMA SEKALI (mesti ramai yang suka kan?). Awas yer...ini bukan petanda bahawa krim itu telah memulihkan wajah anda 100% tetapi sebenarnya ia merupakan satu petanda awal lapiasan epidermis kulit kita telah ROSAK, kulit sudah tidak mengandungi protein & melanin yang berfungsi untuk melindungi kulit dari pancaran radiasi. 

    Bakteria adalah antara punca jerawat, tetapi apabila kulit telah dicemari merkuri, bakteria pun tak nak singgah di kulit kita...BAKTERIA PUN TAHU TAKUT PADA KESAN KERACUNAN MERKURI, kenapa kita pula harus menggunakan merkuri demi kecantikan yang seketika? :-)

  • Apabila penggunaan krim dihentikan, akan timbul bintik-bintik hitam di bawah kulit dan merata wajah. Lama-kelamaan kulit akan menjadi kelabu dan akhirnya kehitaman...KULIT KEMBALI KUSAM lebih teruk dari sebelumnya....

UJIAN RINGKAS
Semasa mencari info tentang merkuri ini juga, saya telah terbaca entri di blog Dr. Zubaidi, cara untuk mengagak sesuatu produk itu mengandungi merkuri atau tidak dengan cara berikut:
  • Sapukan krim berkenaan pada tapak tangan
  • Sapukan krim berkenaan pada cincin emas atau barang kemas kita yang diperbuat daripada emas (pastikan emas tulen yer...) - untuk kaedah ini saya tukarkan sikit caranya iaitu saya gosokkan cincin emas ke atas krim di tapak tangan saya
  • Jika produk / krim itu mengandungi merkuri, krim itu akan bertukar menjadi warna kelabu, Semakin gelap warna kelabu bermakna semakin tinggi kandungan merkuri di dalamnya.
HASIL UJIAN RINGKAS SAYA TERHADAP KRIM MALAM AS BEAUTY
Setelah membaca tips dari Dr. Zubaidi, saya dengan pantas mendapatkan krim malam AS BEAUTY dan mengikuti langkah-langkah di atas. 

Langkah 1: Sapukan krim malam AS BEAUTY di tapak tangan.

Langkah 2: Gosokkan cincin emas pada krim berkali-kali.

Saya ulangi langkah 2 tadi buat kali ke-2 bagi mendapatkan hasil yang lebih meyakinkan...dan kali ini dengan menggunakan kuantiti krim yang lebih banyak dari yang pertama...

Dan anda lihatlah hasilnya....dari mata kasar saya (kat rumah takde pulak mikroskop...ehehehhe), krim malam AS BEAUTY tidak bertukar warna kepada warna kelabu dan ini menambahkan lagi keyakinan saya kepada produk keluaran bumiputera ini. Ternyata ia SELAMAT, BERKESAN dan HALAL digunakan.


Saya dah menguji produk yang saya gunakan dan yang saya kongsikan keberkesanannya kepada rakan-rakan saya....BAGAIMANA PULA DENGAN ANDA?

Buatlah ujian ringkas ini terhadap produk yang anda gunakan...jika ia mengandungi merkuri, maka hentikanlah penggunaannya dan bertukarlah kepada AS BEAUTY!

p/s: kasarnya lahai kulit tapak tangan saya.....tanda-tanda rajin memasak agaknya kot kan? Ehehehee..... :-p


AWAS ! RACUN DALAM KOSMETIK



Salam persaudaraan buat semua pembaca...

Tidak dinafikan setiap wanita inginkan kulit wajah yang cantik dan kebiasaannya cantik ini sinonim dengan kulit yang PUTIH. Semua orang beranggapan yang putih itulah yang cantik dan molek. Yang gelap dan kusam walaupun mempunyai paras yang manis tetap akan dipandang sekali lalu sahaja. Tak percaya? Lihat contoh bergambar di bawah....
                               

Entri ini akan membincangkan tentang jenis-jenis bahan pemutih dalam kosmetik yang berbahaya dan akan menjadi racun tersembunyi di sebalik penawar.

Untuk mendapatkan kulit putih atau tepatnya lebih cerah, bukanlah dengan cara atau teknik ‘segera’.

Sebagai wanita anda sepatutnya berasa curiga sekiranya sesuatu produk itu mampu memberi kecerahan kulit dalam waktu yang singkat.

Pada asasnya, krim pemutih adalah campuran bahan kimia bertujuan memberi wajah lebih pucat pada kulit. 

Dalam jangka waktu lama krim itu dapat menghilangkan atau mengurangi hiperpigmentasi pada kulit. 

Namun penggunaan secara berterusan akan menimbulkan pigmentasi dengan kesan secara kekal. 

Secara umumnya terdapat pelbagai jenis krim pemutih di pasaran dan kandungan yang dibenarkan untuk memutihkan kulit adalah terdiri daripada pati soya, vitamin C , vitamin E , albutin , asid kojic , liquorice dan mulberry. 

Manakala 3 bahan beracun yang TIDAK DIBENARKAN digunakan dalam kosmetik yang bukan di bawah seliaan pakar estetik atau pakar kulit ialah hidrokuinon, merkuri dan juga tretinoin.

KESAN HIDROKUINON

Penggunaan produk kosmetik yang mengandungi hidrokuinon secara berlebihan sehingga lima peratus dilaporkan memberi kesan sampingan seperti radang dan rasa panas pada kulit. 

Hidrokuinon adalah zat reduktor yang mudah larut dalam air dan lazim digunakan dalam proses mencuci foto cetak. Bahan ini sangat berbahaya walaupun ia berfungsi menjadikan kulit cerah dalam tempoh yang singkat. Namun lama-kelamaan, ia akan mendap di bawah kulit sehingga bertahun-tahun dan akhirnya kulit bertukar biru kehitaman, lebih buruk akan menyebabkan kanser kulit. 

Di Amerika Syarikat pada 2006, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) melarang semua produk kosmetik mengandung hidrokuinon kerana dianggap ubat-ubatan dan hanya boleh dibeli di bawah pengawasan doktor saja manakala di Indonesia, larangan itu mula berkuat kuasa pada 2008. 

Sementara itu di Malaysia, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak mendaftarkan kosmetik mengandungi hidrokuinon dan produk ini diklasifikasikan sebagai produk tidak berdaftar. 

KESAN TRETINOIN 

Pada kulit normal, tretinoin yang dioleskan akan menimbulkan keradangan pada kulit. Gejala yang sering muncul adalah rasa agak panas, menyengat, kemerahan, eritema sampai pengerasan kulit. Gejala tersebut akan pulih bergantung kepada tahap iritasi. Selain itu, Hipopigmentasi maupun hiperpigmentasi, akantosis (hiperplasia dan penebalan abnormal lapisan tanduk) dan parakeratosis (persistensi nuklei keratinoasit pada lapisan tanduk) Pada dos yang lebih tinggi dari dos rawatan, efek rawatannya tidak akan meningkat dan dalam jangka waktu yang lama dapat menyebabkan megurangkan keanjalan dan penghasilan sebum sehingga kulit semakin kering dan nipis.
Telah dilaporkan bahawa bayi yang lahir dari seorang wanita yang mengoleskan tretinoin 0.05%  sebanyak dua kali sehari untuk wajah berjerawat, sebelum dan sepanjang kehamilan, mengalami kecacatan (kecacatan pada janin). Selain daripada itu, ibu yang hamil juga mengalami risiko keguguran jika menggunakan kosmetik mengandungi tretinoin selama sebulan sebelum haid terakhir dan selama ia hamil.
KESAN MERKURI (AIR RAKSA)
Kandungan merkuri dalam kosmetik adalah sangat berbahaya terutama kepada wanita yang hamil. Antaranya ialah:
  • merencatkan pertumbuhan janin, bahkan menyababkan anak mengalami Autisme. .
  • Mengakibatkan keguguran (Kematian janin dan mandul)
  • Flek hitam pada kulit akan memucat (seakan pudar) dan apabila pemakaian dihentikan, flek itu kembali lagi & bertambah parah (melebar).
  • Efek REBOUND iaitu memberikan respon berlawanan (kulit akan menjadi gelap atau kusam apabila pemakaian kosmetik dihentikan).
  • Bagi wajah yang asalnya bersih lambat laun akan timbul noda hitam yang sangat parah (lebar).
  • Dapat mengakibatkan kanser kulit.
  • Kerosakan pada ginjal yang dapat menyebabkan kematian akibat kegagalan fungsi ginjal. Biasanya bau  urin setelah penggunaan krim merkuri, bau urin akan menjadi tajam. 
    Inginkah anda kulit menggelupas sebegini dan menjadi semakin nipis?

     
  • BERHATI-HATILAH memilih kosmetik. Sehingga ketemu lagi di entri akan datang dan saya akan berikan tips bagaimana mengenali krim rawatan wajah yang mengandungi merkuri....ADIOS! ;-)