Saya kembali dengan entri tentang kosmetik berbahaya untuk perawatan wajah tetapi kali ini saya membawa kepada pembaca sekalian senarai produk yang telah ditarik balik dari pasaran oleh BPOM (Badan Pengawas Obat dan Makanan), Indonesia memandangkan masih ramai dari kalangan kita yang suka mendapatkan set rawatan wajah dari toko-toko jamu dan pasar malam tanpa menitik beratkan kepada kelulusan dari KKM dan Biro Kawalan Farmaseutikal.
Memang saya akui saya tidak menafikan, produk-produk di pasar malam juga membantu merawat kulit wajah dan harganya pula sudah tentu sangat murah dan mampu milik. Tetapi, bersediakah kita untuk mempertaruhkan kulit wajah kita untuk menjadi semakin teruk HANYA KERANA INGIN MENJIMATKAN WANG POKET ?
JOM kita tengok senarai produk yang telah ditarik dari pasaran oleh BPOM (Indonesia) :


Produk-produk di atas ditarik dari pasaran kerana mengandungi bahan pemutih berbahaya seperti merkuri (air raksa) dan hidrokuinon serta tretinoin (atau dikenali juga sebagai asid retinol).
BERHATI-HATILAH ketika memilih produk rawatan wajah. Jangan hanya terpengaruh dengan kesan rawatan yang sementara sahaja tanpa mempertimbangkan kesan jangka panjang.
Saya tetap memilih AS BEAUTY untuk diri saya dan keluarga kerana saya yakin dengan produk ini yang telah mendapat kelulusan KKM dan HALAL JAKIM
Biar lambat asal selamat + Biar mahal sikit asal tidak memudaratkan...Bertemu lagi di entri akan datang dan saya akan bincangkan tentang bahan pemutih dalam kosmetik yang berbahaya....InsyaAllah :)
Salam sayang buat semua.... :)
pinjam share ye :)
ReplyDelete