AS BEAUTY - Halal certified by JAKIM & approved by Ministry of Health

AS BEAUTY - Halal certified by JAKIM & approved by Ministry of Health

Sunday 5 August 2012

BAGAIMANA MENGENALI KRIM MENGANDUNGI MERKURI?


Berikut saya kongsikan beberapa cara untuk mengenali krim rawatan wajah yang mengandungi merkuri secara ringkas dan mudah yang diperolehi daripada beberapa sumber hasil carian Mr. Google. Untuk hasil yang lebih tepat, pemeriksaan di makmal adalah kaedah terbaik.
  • secara umumnya, krim pemutih wajah yang ada kandungan merkuri berbau agak keras. Kadangkala ada pengeluar yang menggunakan haruman yang agak kuat bagi menutupi bau logam merkuri tersebut. Jadi, jika krim yang anda gunakan berbau logam atau berbau terlalu wangi, ia boleh dimasukkan juga dalam senarai "yang disyaki"... :-)
  • Krim yang mengandungi merkuri agak berkilau warnanya. Jika kita buka penutup krim berkenaan, bahagian bawah penutupnya agak berkilauan / hologram. Cuba oleskan di hadapan cermin dan perhatikan pada wajah anda, ada atau tidak kesan kilauan (ala-ala merelip gitu.. :-) ). Krim yang bagus sepatutnya berwarna putih dan tidak berkilau.
  • Dapat memutihkan kulit wajah dalam masa yang sangat singkat. Semakin tinggi kandungan merkuri, semakin singkat ia memberi kesan pemutihan (bukan pencerahan). Kulit pengguna akan jadi putih pucat seperti mayat dan bukannya cerah semulajadi dan berseri-seri.
  • Pada peringkat awal penggunaan, kulit akan mengalami iritasi dan sangat sensitif kepada cahaya matahari hinggakan apabila anda berada di bawah panas terik mentari, kulit akan terasa pedih dan kemudiannya merah seperti udang dibakar...
  • TIDAK TIMBUL JERAWAT SAMA SEKALI (mesti ramai yang suka kan?). Awas yer...ini bukan petanda bahawa krim itu telah memulihkan wajah anda 100% tetapi sebenarnya ia merupakan satu petanda awal lapiasan epidermis kulit kita telah ROSAK, kulit sudah tidak mengandungi protein & melanin yang berfungsi untuk melindungi kulit dari pancaran radiasi. 

    Bakteria adalah antara punca jerawat, tetapi apabila kulit telah dicemari merkuri, bakteria pun tak nak singgah di kulit kita...BAKTERIA PUN TAHU TAKUT PADA KESAN KERACUNAN MERKURI, kenapa kita pula harus menggunakan merkuri demi kecantikan yang seketika? :-)

  • Apabila penggunaan krim dihentikan, akan timbul bintik-bintik hitam di bawah kulit dan merata wajah. Lama-kelamaan kulit akan menjadi kelabu dan akhirnya kehitaman...KULIT KEMBALI KUSAM lebih teruk dari sebelumnya....

UJIAN RINGKAS
Semasa mencari info tentang merkuri ini juga, saya telah terbaca entri di blog Dr. Zubaidi, cara untuk mengagak sesuatu produk itu mengandungi merkuri atau tidak dengan cara berikut:
  • Sapukan krim berkenaan pada tapak tangan
  • Sapukan krim berkenaan pada cincin emas atau barang kemas kita yang diperbuat daripada emas (pastikan emas tulen yer...) - untuk kaedah ini saya tukarkan sikit caranya iaitu saya gosokkan cincin emas ke atas krim di tapak tangan saya
  • Jika produk / krim itu mengandungi merkuri, krim itu akan bertukar menjadi warna kelabu, Semakin gelap warna kelabu bermakna semakin tinggi kandungan merkuri di dalamnya.
HASIL UJIAN RINGKAS SAYA TERHADAP KRIM MALAM AS BEAUTY
Setelah membaca tips dari Dr. Zubaidi, saya dengan pantas mendapatkan krim malam AS BEAUTY dan mengikuti langkah-langkah di atas. 

Langkah 1: Sapukan krim malam AS BEAUTY di tapak tangan.

Langkah 2: Gosokkan cincin emas pada krim berkali-kali.

Saya ulangi langkah 2 tadi buat kali ke-2 bagi mendapatkan hasil yang lebih meyakinkan...dan kali ini dengan menggunakan kuantiti krim yang lebih banyak dari yang pertama...

Dan anda lihatlah hasilnya....dari mata kasar saya (kat rumah takde pulak mikroskop...ehehehhe), krim malam AS BEAUTY tidak bertukar warna kepada warna kelabu dan ini menambahkan lagi keyakinan saya kepada produk keluaran bumiputera ini. Ternyata ia SELAMAT, BERKESAN dan HALAL digunakan.


Saya dah menguji produk yang saya gunakan dan yang saya kongsikan keberkesanannya kepada rakan-rakan saya....BAGAIMANA PULA DENGAN ANDA?

Buatlah ujian ringkas ini terhadap produk yang anda gunakan...jika ia mengandungi merkuri, maka hentikanlah penggunaannya dan bertukarlah kepada AS BEAUTY!

p/s: kasarnya lahai kulit tapak tangan saya.....tanda-tanda rajin memasak agaknya kot kan? Ehehehee..... :-p


8 comments:

  1. salam, saya ada try kt krim lain. guna emas 750. masalahnya emas saya luntur. krim tidak bertukar warna.

    adalah emas saya ada masalah atau krim itu terlalu kuat?

    ReplyDelete
  2. Cincin yg ada berlian tidak tulen. Emasnya tlh dicampur Dan lebih keras. That why ia xbertindak balas apbila krim disapu pdnya. Guna emas 916 yg tulen

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. adakah emas akn rosak klau test mcm tu ? sbb cincin sya btukar wrna klabu .. adkah emas tu akn kembali warna normal ?

    ReplyDelete
  5. Sy cuba ke krim siang tati skincare. Mmg bertukar kelabu. So scary. Nsb baik jrg guna. Set pn xhbs pakai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah yeke. Krim mlm dgn treatment krim awak ada try jgk x.

      Delete